• HU3| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • GSCM ORI| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia

‘Tiga Janda Melawan Dunia’ Promosikan Budaya Vape?

Ancaman vape ataupun rokok elektronik kepada kesihatan sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Di sebalik kemanisan perisa mangga susu, tembakau vanila dan strawberry cheesecake, risiko yang dihadapi penggunanya dalam jangka panjang tak manis langsung OK, PAHIT!

 

 

Tiga Janda Vape

 

 

Tiga Janda Promosi Budaya Vape

 

 

Budaya negatif begini memang sewajarnya tak perlu diketengahkan langsung dalam filem tempatan kita tetapi ✨tup tup✨ Tiga Janda Melawan Dunia pula dengan berani mati menjaja isu taboo ni yang merupakan buah fikiran pengarahnya, Hyrul Anuar.

 

 

Tiga Janda Gabungan Tiga Lejen

 

 

Korang rasa filem ni berkisarkan tentang apa? Meh sini kita buat sesi tumpahkan teh! Tiga Janda Melawan Dunia ni cerita pasal Midah (Khatijah Tan), Rohayu (Normah Damanhuri) dan Ani (Raja Azura) yang merupakan janda yang tinggal di sebuah kampung. Dorang bertiga ni memang die-hard fans seorang penyanyi yang bernama Aiman Zalini (Norman Hakim)! Tak tahulah multiverse ke apa tapi abang Norman Hakim terus ala-ala Shah Rukh Khan bila berlakon jadi Aiman Zalini.

 

 

Tiga Janda Buat Norman Hakim Ala Ala Shah Rukh Khan

 

 

Satu hari, Aiman Zalini umum nak bersara dan adakan konsert terakhir. Ketiga-tiga janda pun terus pulun beb cari duit nak beli tiket konsert. Nak dipendekkan cerita, punyalah dorang pulun sampai jual perisa vape pun jadi! Masalahnya laku kerassss?!!!

 

 

Tiga Janda Supreme Money Gun

 

 

Perisa yang dorang hasilkan tu ada BAHAN SEMULAJADI SAHAJA, TIADA PERASA TAMBAHAN, TIADA TEMBAKAU DAN BOLEH MENGHENTIKAN KETAGIHAN DADAH. Ko ada? Apabila kartel pengedar dadah dapat tahu perkara ni, dorang pun apa lagi kejarrrr sampai ke lubang cacing! Sebab tu lah tajuk filem pun Tiga Janda Melawan Dunia!

 

 

9

 

 

Kiranya bukanlah Tiga Melawan Dunia ni promosikan budaya vape, cuma ia dijadikan sebagai instrumen yang relevan dalam plot filem. Konsep yang diterapkan ni kita belum pernah lihat dalam mana mana filem tempatan dan mestilah warganet teramat hargai buah fikiran yang segar sebegini. Terima kasih tuan pengarah dan seluruh kru yang menjayakan filem ni!

 

 

11

 

 

Filem luarbiasa, Tiga Janda Melawan Dunia akan tiba pada 19 Mei untuk memeriahkan raya anda tahun ini! Jangan fikir dua tiga kali, bawa je terus satu keluarga pergi tengok filem ni kat panggung wayang! Ayuh lah kita #sapotlokal oceyy? ♡

 

 

 

 

GSC Movies membawa anda ke alam sinematik yang memukau dengan dengan filem terbaru dari dalam dan luar negara pelbagai genre termasuk filem seram dan komedi!

Ikuti kami di Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok untuk menonton treler-treler filem terkini dan sentiasa menjadi yang pertama mendapat berita tentang filem

f-ogo_RGB_HEX-58 Facebookpage: https://www.facebook.com/gscmovies/

Untitled-1 Instagram page: https://www.instagram.com/gscmovies/

youtube_social_icon_red YouTube page: https://www.youtube.com/user/ilovegscmovies/featured

tiktok-app-icon-logo-0F5AD7AE01-seeklogo.com TikTok page: https://www.tiktok.com/@gscmoviesmy