• ARTICLE | GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • JACK IN THE BOX RISES| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • PG| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • GUNDAM SEED| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia

Semangat Patriotisme Bersama Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Filem yang epik dan penuh aksi berkonsepkan ketenteraan bakal menggegarkan pawagam berdekatan anda di seluruh negara bermula 25 Ogos ini! 

Nama Dato’ Adi Putra memang tak asing lagi dalam dunia perfileman di Malaysia ni dan baru-baru ini beliau kembali lagi dengan filem bertajuk Air Force The Movie: Selagi Bernyawa. Korang tahu kan bulan 8 dah memang simbolik dengan bulan kemerdekaan dan tahun ini, kita dapat saksikan filem bertemakan patriotik sekali lagi dengan filem yang dibintangi barisan pelakon yang power 

 

 

Poster Filem

 

 

Filem lokal terbaru ni mengisahkan dua orang kapten yang kacak iaitu Kapten Adib yang dilakonkan oleh Nas-T dan Major Adnan dibintangi Dato’ Adi Putra bersama skuadnya yang terlibat untuk pergi ke Namburi, sebuah negara yang berada dalam pergolakan demi menjayakan misi bantuan kemanusiaan di sana. Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka terjatuh kerana ditembak oleh pengganas.

 

 

Watak Johan As’ari bersedia di dalam kapal pesawat

 

 

Menyedari semua yang terjadi, pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka yang terlibat dalam insiden ini. Zafran, watak kepada pelakon Aiman Hakim Ridza yang juga membawa watak sebagai abang ipar kepada Adib dan juga soerang juruterbang SUKHOI bertungkus lumut untuk menjayakan misi menyelamatkan semua yang terlibat. 

 

Aiman Hakim berjaya membawa watak yang berat kali ini.

 

 

Semua barisan pelakon bekerjasama dalam menjayakan pembikinan filem aksi, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang bakal tiba di pawagam seluruh negara pada 25 Ogos ini. Pastinya ramai yang dah tak sabar nak tonton filem yang penuh dengan pelakon yang memang tidak asing lagi kualiti lakonannya dalam industri seni tanah air kita.

 

 

 

Gandingan hebat Sara Ali dan Anas Ridzuan

 

 

Action scene yang mantap dari Nas-T dan Pablo Amirul

 

 

Esma Daniel memainkan peranan pegawai TUDM

 

 

Tak lupa juga, powerful sangat tau penggunaan computer-generated imagery atau CGIdalam movie ni. Dah bertaraf antarabangsa dah filem tempatan kita. Kalau nak tahu betapa powernya CGI dalam movie ni, kenalah tengok sendiri pada 25 Ogos yang akan datang ni! 

Tunggu apa lagi? Nantikan filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa di pawagam berdekatan rumah anda untuk nikmati sendiri kehebatan filem aksi yang sangat epik tahun 2022 ni! Korang pun mesti tak sabarkan nak tengokDato’ Adi Putra? Jom tengok dulu treler filem Air Force the Movie: Selagi Bernyawa ni. 

 

 

GSC Movies membawa anda ke alam sinematik yang memukau dengan dengan filem terbaru dari dalam dan luar negara pelbagai genre termasuk filem seram dan komedi!

 

 

Ikuti kami di Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok untuk menonton treler-treler filem terkini dan sentiasa menjadi yang pertama mendapat berita tentang filem

f-ogo_RGB_HEX-58 Facebookpage: https://www.facebook.com/gscmovies/

Untitled-1 Instagram page: https://www.instagram.com/gscmovies/

youtube_social_icon_red YouTube page: https://www.youtube.com/user/ilovegscmovies/featured

tiktok-app-icon-logo-0F5AD7AE01-seeklogo.com TikTok page: https://www.tiktok.com/@gscmoviesmy