• The Policeman's Lineage Poster
  • THE 355| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • GSCMORIGINALS
  • CNY 2022| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia

‘Rumah Madu Ku Berhantu’ Medidik Isu Perceraian Secara Santai!

Isu perkahwinan, perceraian dan bermadu merupakan sesuatu yang sangat berat dan serius. Tapi jangan risau, Prof. Dato’ Dr. A. Razak Mohaideen telah berjaya membincangkan topik ini secara santai dalam ‘Rumah Madu Ku Berhantu’! Semasa press conference dan malam gala yang telah dijalankan pada 23 November 2021, beliau menekankan bahawa tujuan filem ini adalah untuk mendidik kita berkenaan perkahwinan, perceraian dan bermadu! Nampak sangat background lecturer beliau Yang pasti, jangan lupa, cerai talak tiga tak boleh buat main-main tau!

 

 

Prof. Dato' Dr. A. Razak Mohaideen berucapan semasa press conference dan malam gala ‘Rumah Madu Ku Berhantu’ yang telah dijalankan pada 23 November 2021

 

 

Haaa… tadi kitorang dah mention filem ni santai je kan? Cer teka siapa berlakon dalam filem ni! ‘Rumah Madu Ku Berhantu’ mempunyai pelakon-pelakon lejen yang sangat terkenal tau! Watak utama, iaitu Saufi, dimainkan oleh yang terhebat- Zizan Razak (Saufi)! Terbaik, bohhh!! Bukan Zizan je tau, tapi juga Azlee Senario (Ali) dan Saiful Apek (PI Dino) yang telah lama disayangi oleh rakyat Malaysia! Nak lagi onz? Nadia Brian (Alia) dan Rita Rudaini (Sofea) juga berlakon dalam filem lokal ni! Sangat memikat hati kannn?

 

 

Poster Watak – Zizan Razak

 

 

‘Rumah Madu Ku Berhantu’ mengisahkan tentang seorang agen hartanah, Saufi, yang terpaksa menjadi ‘Pak Sanggup’ dengan mengahwini Alia untuk satu malam untuk membantu Ali. Tapi keadaan menjadi rumit apabila Ali meninggal dunia di dalam satu kemalangan. Saufi kini harus mencari penyelesaian untuk hidup bersama isteri pertama dan kedua tanpa membocorkan rahsia bahawa mereka kini telah bermadu! Tapi terdapat beberapa peristiwa menakutkan yang menyebabkan Saufi tidak boleh tahan… Sebuah filem bertema komedi seram yang sangat seronok dan menakutkan!

 

 

Tau tak, ‘Rumah Madu Ku Berhantu’ merupakan salah satu filem lokal yang ditayangkan di pawagam pada tahun ni! So tunggu apa lagi, jom lah #sapotlokal di pawagam OK! ❤

 

 

Poster ‘Rumah Madu Ku Berhantu’

 

 

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 2 Disember 2021. Jom tengok treler filem ini!

 

 

 

 

GSC Movies membawa anda ke alam sinematik yang memukau dengan dengan filem terbaru dari dalam dan luar negara pelbagai genre termasuk filem seram dan komedi!

 

 

Ikuti kami di Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok untuk menonton treler-treler filem terkini dan sentiasa menjadi yang pertama mendapat berita tentang filem:
f-ogo_RGB_HEX-58 Facebook page: https://www.facebook.com/gscmovies/

Untitled-1 Instagram page: https://www.instagram.com/gscmovies/

youtube_social_icon_red YouTube page: https://www.youtube.com/user/ilovegscmovies/featured

tiktok-app-icon-logo-0F5AD7AE01-seeklogo.com TikTok page: https://www.tiktok.com/@gscmoviesmy