• ARTICLE | GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • GUNDAM SEED| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • SUSPECT| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia

Bersedia Untuk Gelak Ketawa Seisi Keluarga Musim Raya Ini Dengan Filem Tiga Janda Melawan Dunia

 

 

DSC_9182_1

 

 

PETALING JAYA, 31 Mac – Majlis sidang media filem Tiga Janda Melawan Dunia telah berlangsung di GSC 1 Utama, Petaling Jaya. Di majlis tersebut pihak penerbit telah mempertontonkan kepada pihak media teaser trailer dan teaser poster serta dua lagu tema filem ini. Turut hadir adalah barisan pelakon filem iaitu Normah Damanhuri, Raja Azura, Norman Hakim, Rosnah Mat Aris, Ellyza Azizi dan Abbas Mahmood serta pengarah filem Hyrul Anuar.   Naskah Tiga Janda Melawan Dunia dihasilkan dengan kerjasama lima syarikat gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Directors Think Tank, Golden Screen Cinemas, Astro dan Six Fun Media. Filem ini mengisahkan tentang tiga orang janda yang tinggal di kampung yang perlu mencari duit untuk pergi ke konsert terakhir artis idola mereka. Oleh kerana tiket konsert terlalu mahal dan ekslusif mereka perlu melakukan pelbagai usaha yang melucukan bagi merealisasikan impian mereka.

 

 

4x5     IMG_3003

 

DSC_9203_2

 

 

Apa yang menarik tentang filem ini adalah pengarahnya Hyrul Anuar merupakan pengarah iklan yang telah memenangi anugerah antarabangsa di Adfest Asia Pacific Advertising Festival dan ini merupakan filem pertama arahannya. Idea asal filem ini dihasilkan oleh beliau dengan mengambil inspirasi daripada keluarganya di kampung. Salah sebuah syarikat penerbitan filem Tiga Janda Melawan Dunia adalah Directors Think Tank iaitu sebuah agensi pengiklanan yang telah memenangi anugerah “Syarikat Penerbitan Terbaik Asia Pasifik” di anugerah pengiklanan The Work untuk dua tahun berturut-turut. Filem terakhir yang mereka terbitkan Pusaka, telah mendapat sambutan yang baik. Penaja utama filem Tiga Janda Melawan Dunia adalah Nescafe dan Hotlink manakala filem ini diedarkan oleh GSC Movies. Tiga Janda Melawan Dunia bakal menghiburkan penonton di seluruh negara bermula 19 Mei 2022. Untuk maklumat lanjut anda boleh lawati laman sosial kami di : www.gscmovies.com.my

 

 

IMG_2991c     DSC_8976c     DSC_8986_1

 

 

 

 

Tiga Janda Melawan Dunia bakal menghiburkan penonton di seluruh negara bermula 19 Mei 2022. Untuk maklumat lanjut anda boleh lawati laman sosial kami di : www.gscmovies.com.my

 

 

Ikuti kami di Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok untuk menonton treler-treler filem terkini dan sentiasa menjadi yang pertama mendapat berita tentang filem

f-ogo_RGB_HEX-58 Facebookpage: https://www.facebook.com/gscmovies/

Untitled-1 Instagram page: https://www.instagram.com/gscmovies/

youtube_social_icon_red YouTube page: https://www.youtube.com/user/ilovegscmovies/featured

tiktok-app-icon-logo-0F5AD7AE01-seeklogo.com TikTok page: https://www.tiktok.com/@gscmoviesmy

 

 

Dikeluarkan oleh: Laili Noordin. +6016-327 7101 / laili.zanariah@gsc.com.my