• TSWK| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • VANGUARD| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • DEATH OF ME | GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • JZY | GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • THE GRAND GRANDMASTER | GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • TAKUT KE TAK | GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • LEAP | GSC Movies | Films Distributors |Malaysia

Jackie Chan Hampir Lemas Untuk Filem Vanguard!

“Saya rasa sangat takut sampaikan badan saya menggeletar. Nyawa saya boleh tamat pada masa itu”, kata Jackie Chan bila beliau teringat kembali kemalangan semasa penggambaran Vanguard.

 

Jackie-Chan-hampir-lemas-untuk-filem-vanguard 1

 

Kredit gambar: GSC Movies

 

Siapa tak kenal Jackie Chan? Pelakon aksi lagenda yang memang berani mati melakukan semua aksi untuk filem-filemnya tanpa menggunakan stunt double. Untuk filem blockbuster terkini, Jakcie Chan telah mengalami kemalangan di mana dirinya tenggelam selama 45 saat setelah terjatuh dari jet ski!

 

Jackie-Chan-hampir-lemas-untuk-filem-vanguard 1

 

Kredit gambar: GSC Movies

 

Kemalangan ini berlaku akibat jet ski yang dipandu Jackie Chan telah terlanggar batu dan hilang keseimbangan, lalu terbalik. MuQi Miya, juga menaiki jet ski tersebut, timbul atas permukaan air sebaik sahaja mereka jatuh.

 

Malang bagi Jackie Chan, beliau tenggelam dan tersangkut di celah batu sebelum krew penggambaran bertindak menyelamatkanya. Setelah diselamatkan, tanpa sebarang rasa risau, lagenda itu tersenyum dah ketawa. Tonton video di bawah!

 
 




 
 

Kredit video: Vanguard Weibo

 

Pelakon aksi yang berusia 66 tahun sudah tidak asing lagi dengan kemalangan dan kecederaan semasa penggambaran. Setelah berlakon selama lebih dari separuh usianya, Jackie Chan telah mengalami pelbagai jenis kecederaan seperti dalam rajah di bawah!
 

Jackie-Chan-hampir-lemas-untuk-filem-vanguard 1

 

Kredit gambar: Questseans

 

Oleh sebab itu, filem blockbuster Vanguard ini memang sangat berbaloi untuk ditonton oleh penggemar filem aksi dan juga peminat Jackie Chan!

 

Jackie-Chan-hampir-lemas-untuk-filem-vanguard 1

 

Kredit gambar: GSC Movies

 

Filem Vanguard arahan Stanley Tong ini mengisahkan tentang sebuah syarikat agensi sekuriti berteknologi tinggi yang diasaskan oleh Tang Huanting (Jackie Chan) dan bertugas untuk melindungi klien elit mereka dengan apa cara sekalipun daripada ancaman pasukan askar yang sedang mengganas dari negara Timur Tengah.

 

Pasukan Vanguard terdiri daripada Jackie Chan, YangYang (Kapten Pasukan), Ai Lun (Pakar Intel), MuQi Miya (Pejuang Kombat), Zhu ZhengTing (Pakar Senjata).

 

Jackie-Chan-hampir-lemas-untuk-filem-vanguard 1

 

Kredit gambar: action-flix.com

 

Jackie-Chan-hampir-lemas-untuk-filem-vanguard 1

 

Kredit gambar: GSC Movies

 

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 30 September 2020. Kalau belum tengok, jom saksikan dulu treler filem ini!

 

 

GSC Movies membawa anda ke alam sinematik yang memukau dengan dengan filem terbaru dari dalam dan luar negara pelbagai genre termasuk filem seram dan komedi!

 

Ikuti kami di Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok untuk menonton treler-treler filem terkini dan sentiasa menjadi yang pertama mendapat berita tentang filem:

 

f-ogo_RGB_HEX-58 Facebook page: https://www.facebook.com/gscmovies/

Untitled-1 Instagram page: https://www.instagram.com/gscmovies/

youtube_social_icon_red YouTube page: https://www.youtube.com/user/ilovegscmovies/featured

tiktok-app-icon-logo-0F5AD7AE01-seeklogo.com TikTok page: https://www.tiktok.com/@gscmoviesmy