• ARTICLE | GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • GUNDAM SEED| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • SUSPECT| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
Malaysia film provider | Film distributor MalaysiaPOLISI PRIVASI


Polisi Privasi dan Notis Data Peribadi GSC

1.  Polisi dan amalan-amalan privasi dan data peribadi Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd., GSC Movies Sdn. Bhd. dan/atau syarikat-syarikat  berhubungan atau berkaitan dengannya (GSC) yang dinyatakan dalam Polisi Privasi dan Notis Data Peribadi ini terpakai kepada semua data peribadi yang dibekalkan kepada GSC, sama ada dalam bentuk elektronik atau tidak.Dengan melawati dan/atau menggunakan www.gsc.com.my dan www.gsc.com.my (Laman Web GSC), apa-apa aplikasi mudah alih yang dijalankan dan dikekalkan oleh GSC (Aplikasi Mudah Alih GSC)   dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh GSC serta dengan membekalkan data peribadi kepada GSC, anda setuju untuk terikat oleh terma-terma dan syarat-syarat Polisi Privasi dan Notis Data Peribadi ini. Jika anda tidak setuju kepada terma-terma dan syarat-syaratnya, sila jangan menggunakan atau memasuki Laman Web GSC atau Aplikasi Mudah Alih GSC, menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh GSC atau membekalkan data peribadi kepada GSC. .

2.  Penggumpulan data peribadi anda oleh GSC adalah sebahagian pengendalian biasa perkhidmatan-perkhidmatan GSC. GSC telah membentukkan Polisi Privasi ini untuk maklumkan anda tentang polisi dan amalan-amalan GSC berkenaan perkara-perkara data peribadi dan privasi dan kerana GSC percaya bahawa anda perlu tahu sebanyak yang mungkin berkenaan perkara-perkara tersebut supaya anda boleh membuat keputusan yang patut.

3.  Notis

Notis bertulis ini bertujuan untuk maklumkan anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak GSC. Untuk tujuan notis bertulis ini, terma-terma “data peribadi” dan “pemprosesan” akan mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini dirujuk sebagai “APDP”).

4.  Perihalan data peribadi anda

Data peribadi anda yang diproses oleh GSC termasuk:-

a)  butiran peribadi anda seperti nama, jantina, dokumen-dokumen sokongan  pengenalan (termasuk nombor kad pengenalan atau pasport), tarikh kelahiran, bangsa, kewarganegaraan, negara, taraf perkahwinan, pekerjaan dan butiran perhubungan (seperti alamat rumah atau perniagaan kini, alamat emel dan nombor-nombor telefon);

b)  maklumat maklum balas anda yang dikumpul dari beberapa sumber seperti emel, telefon dan surat-menyurat;

c)   lawatan anda ke Laman Web GSC/Aplikasi Mudah Alih GSC – nama pemberi perkhidmatan internet, laman web dari mana anda melawati Laman Web GSC/ Aplikasi Mudah Alih GSC, mukasurat-mukasurat dan kandungan yang anda lihat, tarikh dan jangka masa lawatan anda, “cookies” untuk mengetahui kekerapan cara penggunaan dll. dari alat-alat analitis seperti Google Analytics dan lain-lain

d)   minat peribadi dan keutamaan anda untuk membantu GSC merancangkan tawaran produk-produknya;

e) rakaman imej anda melalui kamera CCTV semasa anda melawati pawagam GSC;

f) “Curriculaum vitae” atau resume anda semasa anda mendaftar minat anda dalam mempunyai kerjaya di GSC dan/atau subsidiari-subsidiari berkenaan; dan

g)   maklumat yang anda berikan dengan sukarela semasa sebarang promosi atas tanah, aktiviti-aktiviti digital, usahasama-usahasama, pertandingan-pertandingan, dll;

5.  Tujuan-tujuan untuk pemprosesan data peribadi anda

GSC boleh memproses data peribadi anda yang dikumpulkan dari anda atau sebarang golongan pihak ketiga yang dinyatakan dalam Polisi Privasi ini, untuk mana satu atau lebih tujuan-tujuan tersebut (selepas ini dirujuk sebagai “Tujuan-Tujuan”):-

a)  Untuk mengesahkan identiti anda;

b)  Berhubung dengan anda dan hantarkan maklumat yang diminta oleh anda kepada anda dan/atau, dalam setengah hal, adalah menghala kepada minat anda, seperti “targeted banner advertisements”, notis-notis pengurusan, pemberian barang-barang dan perhubungan yang berkaitan dengan kegunaan Laman Web GSC/ Aplikasi Mudah Alih GSC dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan GSC oleh anda;

c)  Untuk memproses sebarang maklumat yang anda hantar kepada GSC (seperti menjawab sebarang pertanyaan, bertindak terhadap sebarang aduan dan/atau maklum balas);

d)  Untuk memberitahu dan/atau menjemput anda ke peristiwa-peristiwa atau aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh GSC, sekutu-sekutu perniagaan atau penganjur-penganjur;

e)   Untuk memberitahu anda tentang manfaat-manfaat, perubahan-perubahan kepada ciri-ciri, promosi-promosi, pemberitahuan, surat berita, penggemaskinian, bahan-bahan promosi dan hak-hak istimewa yang khusus;

f)   Untuk menghantar kepada anda ucapan-ucapan perayaan dan kandungan yang berkaitan dengan wayang gambar;

g)   Untuk menguruskan program kesetiaan pelanggan GSC, jika bersesuaian;

h)  Untuk mengukuhkan dan menguruskan dengan lebih baik sebarang hubungan perniagaan yang GSC mungkin ada dengan anda;

i)   Untuk membantu GSC mengawas dan memperelokkan perkhidmatan-perkhidmatannya kepada anda, pasukan khidmat pelanggan GSC, Laman Web GSC dan Aplikasi Mudah Alih GSC, dan aset-aset serta perkhidmatan-perkhidmatan GSC lain yang berkaitan serta memudahkan dan menjalankan latihan kakitangan-kakitangan GSC dan kawalan kualiti dan audit-audit GSC;

j)  Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran (seperti penyelidikan pasaran dan tinjauan-tinjauan);

k)  Untuk menyelengarakan rekod-rekod yang diperlukan untuk audit, keselamatan, tuntutan-tuntutan dan/atau tujuan-tujuan lain di sisi undang-undang;

l)   Untuk menyiasat and menyelesaikan sebarang isu-isu tiket atau pertanyaan-pertanyaan atauaduan-aduan  yang anda mungkin serahkan atau hantarkan kepada GSC;

m) Untuk menyiasat, menjawab kepada, dan/atau membela tuntutan-tuntutan yang dibuat terhadap atau melibatkan GSC;

n)  Untuk pematuhan dan/atau sebarang tujuan-tujuan yang diperlukan oleh sebarang undang-undang yang berkaitan, arahan-arahan, panduan-panduan, perintah-perintah, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan dan keperluan-keperluan sebarang pihak kerajaan atau pihak berkuasa berkanun atau badan pentadbiran atau badan pengawalan atau badan penyeliaan (termasuk penzahiran di bawahnya); dan

o)  Untuk memproses atau memudahkan apa-apa pembayaran atau transaksi dengan GSC termasuk pembelian tiket-tiket filem dan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan daripada GSC; dan

p) Sebarang tujuan-tujuan lain yang berhubungan dengan atau beriringan kepada sebarang di atas.

6.      Sumber data peribadi anda

Data peribadi anda dikumpulkan langsung daripada anda bila anda:-

a)  berinteraksi dan berhubung dengan GSC di sebarang peristiwa-peristiwa atau aktiviti-aktivitinya;

b)  berhubung dengan GSC  sama ada melalui e-mel, telefon, Laman Web GSC atau Aplikasi Mudah Alih GSC, media social seperti Facebook, Twitter dan Instagram dan juga lain-lain bentuk komunikasic)  mendaftar atau melanggan untuk perkhidmatan khusus atau penerbitan-penerbitan GSC (seperti surat-surat berita atau mendaftaran ahli GSC);

d)  menyertai sebarang tinjauan-tinjauan, tinjauan-tinjauan pendapat umum GSC atau saluran-saluran lain yang sama yang digunakan untuk memperelokkan kandungan Laman Web GSC/ Aplikasi Mudah Alih GSC, atau digunakan untuk tujuan-tujuan pemasaran GSC;

e)   memasuki atau menyertai sebarang peraduan-peraduan, pertandingan-pertandingan atau program-program kesetiaan yang dianjurkan oleh GSC;

f)   mendaftarkan minat anda dan/atau meminta untuk maklumat melalui Laman Web GSC atau Aplikasi Mudah Alih GSC, pintu-pintu “online” GSC atau saluran-saluran lain yang tersedia;

g)  menjawab kepada sebarang bahan-bahan pemasaran yang GSC hantar keluar;

h)  melawati atau melihat Laman Web GSC dan sebarang platform-platform lain yang dimiliki oleh GSC;

i)  membuat aduan dengan GSC; dan

j)  memberikan maklum balas kepada GSC (seperti melalui laman web GSC atau dalam tulisan).

Selain daripada data peribadi yang didapati daripada anda langsung seperti yang dinyatakan di atas, GSC boleh juga mendapatkan data peribadi anda daripada pihak-pihak ketiga yang GSC berurus niaga dengan atau berkaitan dengan anda, dan dari sumber-sumber lain di mana anda telah memberi persetujuan anda untuk penzahiran data peribadi anda dan/atau melainkan dibenarkan di sisi undang-udang.

7.   Hak-hak anda

Anda mempunyai hak-hak berikut berkaitan dengan data peribadi anda:-

a)  membuat permintaan data secara bertulis kepada GSC untuk maklumat data peribadi anda yang sedang diproses oleh atau bagi pihak GSC (Seksyen 30(2) APDP);

b)  untuk membetulkan sebarang data peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini (Seksyen 34(1) APDP) dengan mengisi Borang Kemaskini Data Peribadi dan menghantarkan emel kepada  gscmovies@gsc.com.my

c)  mengehad pemprosesan data peribadi anda termasuklah data peribadi yang berhubungan dengan orang lain yang boleh dikenal pasti daripada data peribadi anda (Seksyen 7(1)(f) of APDP); dan

d)  untuk meminta supaya data peribadi anda disingkirkan daripada pangkalan data GSC dengan menulis kepada GSC di gscmovies@gsc.com.my

Jika anda ada sebarang permintaan yang berhubungan dengan sebarang hak-hak yang tersebut di atas atau sebarang pertanyaan atau aduan yang berkenaan dengan data peribadi anda, sila hubungi:

Yep Pui Yee,

Manager, Theatrical Marketing

 gscmovies@gsc.com.my

GSC boleh enggan mematuhi permintaan mengakses data anda di bawah hal keadaan yang dinyatakan dalam APDP dan jika GSC membuat demikian, GSC akan maklumkan anda tentang keengganannya dan sebab-sebab bagi keenganannya.

8.  Golongan pihak ketiga yang kepadanya GSC menzahirkan data peribadi anda

Ini ialah golongan orang-orang yang kepadanya GSC boleh menzahirkan data peribadi anda:-

a)   Pemberi-pemberi perkhidmatan pihak ketiga untuk membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan pentadbiran, komunikasi, pembayaran, pengurusan acara, keselamatan, teknologi maklumat (IT),  pemprosesan data atau perkhidmatan lain kepada GSC;

b)  Sebarang pihak ketiga atau syarikat yang GSC ambil bekerja atau melantik untuk menjalankan analisis perangkaan;

c) Rakan niaga-rakan niaga GSC berhubungan dengan produk-produk yang ditawarkan oleh GSC atau rakan niaga tersebut, termasuk Hong Leong Bank berhubungan dengan GSC-Hong Leong Bank Card;

c)  Peguam-peguam untuk menguatkuasakan hak-hak GSC di sisi undang-undang; dan

d)   Pihak-pihak berkuasa, badan-badan dan pihak-pihak lain bila diperlukan di sisi undang-undang.

Data peribadi anda dikumpulkan dan diproses untuk menyediakan kepada anda dengan perkhidmatan-perkhidmatan GSC dan untuk memudahkan Tujuan-Tujuan berikutan dengan permintaan anda. Penerima-perima data peribadi anda tersebut adalah dilarang secara kontrak untuk menggunakan data peribadi untuk apa-apa tujuan selain daripada tujuan yang dinyatakan oleh GSC.

9.       Kewajipan anda

(a)   Melainkan dinyatakan sebaliknya, ia adalah wajib untuk anda memberi kepada GSC data peribadi anda dan kegagalan anda untuk membuat demikian akan menyebabkan GSC tidak dapat memproses data peribadi anda untuk sebarang Tujuan-Tujuan.

(b)   Anda hendaklah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini (Seksyen 11 APDP).

10.   Keselamatan data peribadi anda

GSC, bila memproses data peribadi anda, mengambil langkah-langkah yang praktikal untuk melindungi data peribadi anda daripada sebarang kehilangan, salah guna, ubah suaian, akses, penzahiran, pengubahan atau pemusnahan tanpa kebenaran atau tidak sengaja termasuk tetapi tidak terhad kepada kegunaan perihal cara dan teknik perlindungan seperti “encryption, “firewalls” dan “secure socket layers”. Jika anda tahu tentang sebarang pemecahan keselamatan, sila beritahu kami dengan secepat mungkin.

Walau bagaimana pun, keselamatan lengkap tidak terdapat atas internet, oleh kerana itu, GSC tidak memberikan jaminan mutlak bahawa data peribadi anda yang anda berikan kepada GSC akan selamat pada semua masa, dan GSC tidak akan bertanggung jawab untuk sebarang peristiwa yang timbul dari kemasukkan yang tidak dibenarkan atau pencurian data peribadi anda. GSC tidak akan didapati bertanggung jawab untuk peristiwa-peristiwa yang timbul dari kemasukkan yang tidak dibenarkan atau pencurian data peribadi anda oleh pihak-pihak ketiga.

11.     Penyimpanan data peribadi anda

GSC akan simpan data peribadi anda untuk tempoh yang perlu untuk Tujuan-Tujuan yang dinyatakan dalam Polisi Privasi dan Notis Data Peribadi ini.

12.   Pindaan kepada Polisi Privasi dan Notis Data Peribadi ini

GSC mengekalkan hak-hak untuk meminda Polisi Privasi dan Notis Data Peribadi ini pada bila-bila masa dengan mempamerkan suatu Polisi Privasi and Notis Data Peribadi terpinda yang mengandungi pemindaan-pemindaan itu atas Laman Web GSC atau sebarang cara yang GSC fikirkan sesuai.

13.  Pengguna-pengguna di bawah umur 18 tahun

Laman web GSC dan perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan bukan ditujukan kepada orang-orang di bawah umur 18 tahun. Jika anda di bawah umur 18 tahun, anda dikehendaki untuk mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga anda sebelum memberikan data peribadi anda kepada GSC dan/atau syarikat-syarikat berkaitannya.

14.     Ketidaksejajaran atau percanggahan

Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran atau percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan dipakai.

15.   Hak-hak lain

Bagi mengelakan was-was, tiada apa-apa dalam Polisi Privasi dan Notis Data Peribadi ini yang akan mengehadkan hak-hak lain anda atau GSC di bawah APDP.

16.   Hubungan-hubungan kepada laman web lain

Bila anda gunakan suatu hubungan dari Laman Web GSC/ Applikasi Mudah Alih GSC ke laman web pihak ketiga yang lain, Polisi Privasi ini tidak lagi berkuatkuasa. Sekalinya anda telah menggunakan hubungan tersebut, GSC tidak mempunyai sebarang kawalan atas laman web pihak ketiga itu dan GSC tidak dan tidak akan bertanggungan atau bertanggung jawab untuk perlindungan dan privasi sebarang data peribadi yang anda berikan semasa melawati laman web tersebut. Penglihatan dan interaksi anda atas laman web sebarang pihak ketiga yang lain akan tertakluk kepada peraturan-peraturan dan polisi-polisi sendiri laman web itu.

17. Cookies

“Cookies” adalah fail teks untuk menyimpan pilihan anda yang diletakkan dalam pelayar peranti (seperti computer dan telefon bimbit) anda. Laman Web GSC/ Aplikasi Mudah Alih GSC mungkin menggunakan cookies untuk meningkatkan pengalaman anda dan memahami penggunaan Laman Web GSC/ Aplikasi Mudah Alih GSC tersebut. Cookies tidak akan membekalkan kami dengan maklumat peribadi melainkan anda memilih untuk memberikan data peribadi berkenaan kepada GSC. Walaubagaimanapun, setelah data peribadi dilengkapi, maklumat ini mungkin akan dikaitkan dengan data yang disimpan dalam Cookie.

18. Pengesanan Penggunaan dan Fail Log

Pelayan web GSC akan secara automatik mengumpul maklumat tentang jenis “domain”, pelayar web pengguna, serta alamat IP anda untuk tujuan pengumpulan statistik sahaja. Statistik tersebut akan digunakan untuk menambah baik kandungan Laman Web GSC/ Aplikasi Mudah Alih GSC dan  tidak akan dijual kepada organisasi lain untuk tujuan lain.

Seperti laman web yang lain, GSC akan mengumpul dan menggunakan data di dalam “fail log”. Maklumat dalam “fail log” termasuk alamat IP, pembekal perkhidmatan internet (“ISP”), pelayan web yang digunakan untuk melayari Laman Web GSC, resolusi dan jumlah warna skrin, masa melayari Laman Web GSC , dan laman (“pages”) lain yang dilayari dalam Laman Web GSC.

19. Pemprosesan Data Peribadi

Data peribadi anda mungkin akan dipindahkan ke negara lain sebagai sebahagian daripada aktiviti pemprosesan data peribadi. Bidang kuasa di mana data peribadi atau maklumat diproses mungkin atau mungkin tidak mempunyai undang-undang untuk mengawal selia kerahsiaan data peribadi. Namun begitu, setiap kali data peribadi anda dipindahkan oleh GSC dan/atau pemberi perkhidmatan pihak ketiga, GSC akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan data peribadi anda diproses mengikut terma-terma dan syarat Polisi ini.

Tarikh mengemaskinikan terakhir: 24 Mei 2017