• GUESTS | GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • BRING THE SOUL THE MOVIE| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • THE WHITE STORM 2 THE DRUG LORDS | GSC Movies | Films Distributors |Malaysia

Pengarah PASKAL bakal gegarkan Malaysia dengan filem aksi terbaru!

Sudah pasti tidak asing lagi nama PASKAL bagi rakyat Malaysia yang menggemarkan filem tempatan. Dengan bajet RM10 juta, filem aksi arahan Adrian Teh ini telah menjadikan ia filem yang termahal di Malaysia. Hasil dari sambutan yang sangat hangat, PASKAL berjaya mendapat nama sebagai salah satu filem pecah panggung tanah air. Filem Malaysia yang membawa genre aksi ini telah meraih kutipan filem sebanyak lebih dari tiga kali ganda daripada kos penggambaran iaitu RM30 juta setelah ia ditayangkan di pawagam. Seterusnya menjadikan PASKAL filem aksi tempatan nombor satu di Malaysia.

 

Filem aksi Malaysia

Kredit gambar: GSC Movies

 

PENGARAH FILEM AKSI PECAH PANGGUNG, ADRIAN TEH

 

Sebagai Pengarah dan Penerbit Eksekutif yang telah terlibat dalam industri perfileman selama lebih dari 8 tahun, Adrian Teh telah membuktikan bahawa mengarah filem aksi adalah salah satu daripada kepakarannya. Dunia ketenteraan filem PASKAL ditunjukkan dengan penuh elemen-elemen yang membuka mata penonton kepada banyak perkara mengenai tentera.

 

Filem aksi Malaysia

Kredit gambar: GSC Movies

 

Memang bukan mudah untuk mengadaptasi filem daripada kejadian sebenar, tambahan pula filem aksi ini melibatkan tentera dan sejarah tanah air pada tahun 1998 dan juga 2011. Akan tetapi, Adrian Teh telah mengejutkan peminat filem tempatan dengan kualiti filem yang bertaraf antarabangsa. Penerimaan daripada penonton filem aksi arahan Adrian Teh ini adalah sangat positif dari segi aksi-aksi dan kualiti yang telah dihidangkan.

 

SINEMATOGRAFI YANG MENCATAT SATU GARIS PANDUAN BARU UNTUK PENGGIAT FILEM AKSI

 

Tidak lupa juga aspek sinematografi yang telah membuat pandangan penonton filem tempatan ini terpukau. Teknik permainan kamera yang mengkagumkan adalah salah satu kelebihan filem ini. Lebih-lebih lagi, PASKAL menjalankan penggambarannya di beberapa tempat yang terkenal dengan keindahannya seperti di Semporna selain daripada lokasi luar negara seperti Turki.

 

Ditambah pula dengan penggunaan kelengkapan pasukan tentera seperti helikopter, jet pejuang, senapang dan lain-lain lagi, filem ini telah mengangkat martabat filem aksi tempatan ke suatu taraf yang membanggakan. Tidak hairanlah filem ini menjadi filem aksi paling hangat di Malaysia berikutan kualiti yang diberikan.

 

Filem aksi Malaysia

Kredit gambar: GSC Movies

 

SEBARAN SEMANGAT PATRIOTISME MENGGUNAKAN FILEM AKSI

 

Bukan sahaja penonton dapat mempelajari tentang sejarah tanah air, malah mereka juga didedahkan dengan pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia iaitu Pasukan Khas Laut, atau nama pendeknya PASKAL. Apa yang telah diselit dalam filem pecah panggung ini sangat memberikan kesan kepada peminat filem tempatan atas semangat cintakan negara. Sambil dibantu oleh pengarah, Hairul Azreen sebagai pelakon utama filem Malaysia ini sangat mendalami karakter sehinggakan dapat menusuk hati penonton. Kesefahaman antara pengarah dan pelakon utama turut membantu menaikkan taraf filem aksi ini.

 

Filem aksi Malaysia

Kredit gambar: GSC Movies

 

FILEM AKSI TERBARU UNTUK DIBANDINGKAN DENGAN PASKAL

 

Kini, Adrian Teh baru sahaja menghabiskan pengarahan untuk sebuah filem aksi terbaru bertajuk WIRA. Berbeza dengan PASKAL, filem WIRA tidak akan bermain dalam dunia ketenteraan kerana dunia WIRA adalah dunia MMA. Sekali lagi, Adrian Teh berganding dengan Hairul Azreen untuk membawa filem aksi yang diyakini akan menghiburkan penonton.

 

Filem aksi Malaysia

Kredit gambar: adrianteh19 (Instagram)

 

Dunia ketenteraan dan MMA mungkin berkait rapat maka aksi yang bakal ditayangkan tidak akan mengecewakan peminat filem tempatan. Filem terbaru ini dijadualkan untuk mula tayangannya pada hujung tahun ini. Jadi jangan lupa nantikan filem aksi terbaru bertajuk WIRA yang bakal menggegarkan pawagam!

 

Anda juga boleh mengetahui maklumat lanjut mengenai #WIRA2019 dan melihat gambar-gambar penggambarannya di laman Instagram rasmi WIRA (wira_2019):

https://www.instagram.com/WIRA_2019/

 

Pastinya WIRA juga akan membuat anda berdebar, cemas dan berpeluh ketika menonton! Sementara itu, jom saksikan video teaser WIRA!

 

 

GSC Movies membawa anda ke alam sinematik yang memukau dengan filem terbaru tempatan dan luar negara pelbagai genre termasuk filem aksi!

 

Ikuti kami di Facebook, Instagram dan YouTube untuk menonton treler-treler filem terbaru dan sentiasa menjadi yang pertama mendapat berita tentang filem:

f-ogo_RGB_HEX-58 Facebook page: https://www.facebook.com/gscmovies/

Untitled-1 Instagram page: https://www.instagram.com/gscmovies/

youtube_social_icon_red YouTube page: https://www.youtube.com/user/ilovegscmovies/featured