• ARTICLE | GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • GUNDAM SEED| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • SUSPECT| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia

Meremang Tengok Perempuan Tanah Jahanam!

Kalau anda dah tonton Ratu Ilmu Hitam yang baru sahaja ditayangkan pada awal bulan ini, pastinya anda akan suka dengan filem terbaru Joko Anwar iaitu Perempuan Tanah Jahanam. Filem ini telah direkod sebagai filem seram nombor 2 di Indonesia pada tahun lepas tau! Ia juga telah ditayangkan dalam Sundance Film Festival 2020 di bawah tajuk Impetigore. Filem ini adalah filem yang anda semua wajib tonton bila ia keluar di pawagam nanti! Sebab apa? Cuba baca di bawah…

 

 Meremang Tengok Perempuan Tanah Jahanam! | GSC Movies  \ 1

 

Kredit gambar: GSC Movies

 

Antara ‘penghidup’ cerita ini
 

Tidak dinafikan lagi bahawa Joko Anwar adalah seorang penulis dan pengarah yang bijaksana dalam menyampaikan cerita dari dalam kepalanya kepada tontonan umum. Banyak elemen yang telah ditunjukkan dalam filem Perempuan Tanah Jahanam ini selain daripada elemen seram. Sama seperti Ratu Ilmu Hitam, Joko Anwar telah menambah elemen gore dan psikologi dalam banyak babak untuk memperluaskan lagi definisi seram dalam Perempuan Tanah Janaham. Belum lagi cerita mengenai idea plot filem ini. Tiada siapa tahu bagaimana Joko Anwar boleh memikirkan jalan cerita seperti ini! “Joko Anwar memang layak diberi gelaran pengarah genius!”, IDN TIMES.

 

 Meremang Tengok Perempuan Tanah Jahanam! | GSC Movies  \ 2

 

Kredit gambar: GSC Movies

 

Bukan dari segi cerita sahaja, markah penuh diberikan ke atas pemilihan watak dan set juga. Dengan watak utama Perempuan Tanah Jahanam ini yang bersifat keras kepala, terlebih berani, dan berjiwa spontan, Tara Basro memang pilihan yang tepat! Kalau anda terlupa, Tara Basro inilah yang memegang watak Rini dalam Pengabdi Setan dan juga Wulan dalam Gundala (kedua-duanya juga adalah karya Joko Anwar!). Tidak lupa juga, Ario Bayu yang membawa watak Ki Saptadi, seorang bomoh yang disangjungi di Desa Harjosari dan Christine Hakim sebagai Nyi Misni pun sudah pasti dapat membuat bulu roma anda berdiri tegak apabila mereka muncul di skrin besar. “Lakonan Christine Hakim sangat memukau!”, KOMPAS.

 

Bukan Sekadar Cerita Seram
 

Joko Anwar juga telah menyelitkan beberapa isu yang penting seperti isu feminisme dan isu kekeluargaan. Kalau belum terang lagi bersuluh, salah satu poster Perempuan Tanah Jahanam ini pun dah ketengahkan empat watak wanita dalam filem ini: Maya, yang keras kepala; Dini, yang setia; Ratih, yang lemah lembut; dan juga Nyi Misni yang berpengaruh. Bak kata kumparan.com, “perempuan (di dalam filem ini) bukan hanya sekadar perhiasan”. Isu lain yang dibangkitkan Joko Anwar adalah isu pekerjaan dan juga kemasyarakatan yang pasti anda dapat kaitkan dengan kehidupan zaman ini. Oh ya, jangan lupa tunggu babak yang mejadi plot twist dalam filem ini ya. Diyakini ia bakal menjadi plot twist terbesar yang anda dapat tonton dalam filem seram!

 

 Meremang Tengok Perempuan Tanah Jahanam! | GSC Movies  \ 3

 

Kredit gambar: GSC Movies

 

Sinopsis Ringkas Perempuan Tanah Jahanam
 

Apa yang perlu dilakukan kalau tiba-tiba anda dapat tahu bahawa keluarga anda mempunyai harta pusaka yang belum dituntut? Sebahagian besar dari kita mesti akan balik ke kampung halaman dan tuntut harta tersebut, bukan? Tambahan lagi kalau hidup tengah susah seperti Maya (Tara Basro) dan juga rakan baiknya, Dini (Marissa Anita). Sepanjang perjalanan pulang ke kampung, Maya sudah berasa tidak sedap hati tetapi sifat ingin tahu tentang keluarganya lebih kuat dari perasaan takut. Setelah tiba di kampung yang penuh dengan aura seram, Maya dan Dini memperkenalkan diri mereka sebagai pelajar universiti yang datang untuk membuat kajian. Dan di situ, rahsia lama keluarga Maya dan juga rahsia kampung tersebut terbongkar yang pastinya akan membuat fikiran anda meletup!

 

 Meremang Tengok Perempuan Tanah Jahanam! | GSC Movies  \ 4

 

Kredit gambar: GSC Movies

 

Perempuan Tanah Jahanam akan mula ditayangkan di pawagam pada 6 Februari ini. Sebelum itu, jom saksikan dulu treler filem ini!

 

 

GSC Movies membawa anda ke alam sinematik yang memukau dengan filem terbaru tempatan dan luar negara pelbagai genre termasuk filem seram!

 

Ikuti kami di Facebook, Instagram dan YouTube untuk menonton treler-treler filem terkini dan sentiasa menjadi yang pertama mendapat berita tentang filem:

 

f-ogo_RGB_HEX-58 Facebook page: https://www.facebook.com/gscmovies/

Untitled-1 Instagram page: https://www.instagram.com/gscmovies/

youtube_social_icon_red YouTube page: https://www.youtube.com/user/ilovegscmovies/featured