• GUESTS | GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • BRING THE SOUL THE MOVIE| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • THE WHITE STORM 2 THE DRUG LORDS | GSC Movies | Films Distributors |Malaysia

Mad Dog Yayan Ruhian kembali lagi dalam WIRA?

Sejak dari umur 13 tahun, Yayan Ruhian mula berjinak dengan seni mempertahankan diri. Walaupun ayahnya mengamalkan Karate, Yayan telah memilih untuk mempelajari seni Pencak Silat sehingga dia dapat menjadi tenaga pengajar dan juga pengadil untuk pertandingan silat. Pada pertengahan tahun 2000, Yayan telah membawa ilmu silatnya ke negara-negara Eropah seperti Belgium, Perancis dan Netherlands. Selain daripada silat, Yayan juga telah mengamalkan seni mempertahankan diri Aikido.

 

Mad Dog Yayan Ruhian kembali lagi dalam WIRA? | GSC Movies

Kredit gambar: GSC Movies

 

PENGLIBATAN YAYAN RUHIAN SEBAGAI PELAKON AKSI

 

Filem aksi pertama Yayan adalah filem Merantau (2009) di mana Gareth Evans, direktor filem tersebut telah meminta bantuannya untuk mencipta koreografi perlawanan untuk filem tersebut. Walaupun tidak memasang harapan tinggi ketika dia menghadiri sesi uji bakat sebagai watak Eric, Yayan Ruhian berjaya dipilih untuk membawa watak tersebut. Sejak dari itu, ramai yang telah mencari Yayan untuk mempelajari seni Pencak Silat daripadanya.

 

FILEM-FILEM AKSI YANG TELAH MENGANGKAT NAMA YAYAN RUHIAN

 

Filem Yayan Ruhian yang seterusnya adalah filem The Raid (2011), filem ganas dari Indonesia yang paling berjaya di peringkat antarabangsa. Filem inilah yang telah melonjakkan nama Yayan Ruhian dalam industri filem aksi. Yayan membawa watak Mad Dog yang dilabel sebagai psikopat kerana watak ini mahu merasakan kesakitan mangsa bunuhannya. Hal ini boleh dilihat pada babak popular di mana Mad Dog meletakkan pistol ditangannya lalu bertarung tanpa senjata dengan Rama (Iko Uwais) walaupun Mad Dog mempunyai peluang yang besar untuk membunuh Rama hanya dengan menggunakan pistol. Pelakon Hollywood Keanu Reeves juga mengenali Yayan sebagai Mad Dog.

 

Mad Dog Yayan Ruhian kembali lagi dalam WIRA? | GSC Movies

 

Kredit gambar: Star2

 

Yayan Ruhian juga amat terkenal dengan pembawaan perkataan “gereget” yang bermaksud keseronokkan. Perkataan ini telah digunakan di dalam filem The Raid dan seterusnya menjadi bahan lawak di laman sesawang. Sejak dari itu, Yayan Ruhian juga telah beraksi dalam filem aksi peringkat antarabangsa seperti Star Wars: The Force Awakens, Yakuza Apocalypse: The Great War of the Underworld dan juga baru-baru ini dalam filem John Wick 3.

 

Mad Dog Yayan Ruhian kembali lagi dalam WIRA? | GSC Movies

Kredit gambar: Yayanruhian (Instagram)

 

FILEM AKSI TERBARU YAYAN RUHIAN YANG BAKAL GEGARKAN PAWAGAM

 

Kini, Yayan Ruhian akan muncul dalam filem aksi terbaru arahan Adrian Teh iaitu WIRA. Filem ini juga akan menampilkan Hairul Azreen sebagai watak utama dan beberapa pelakon lain yang pastinya akan membuatkan filem WIRA ini tambah menarik. Dengan pengalaman dan ilmu aksi yang penuh di dada, diyakini Yayan Ruhian akan mengejutkan penonton dengan aksi-aksinya dalam filem akan datang, WIRA!

 

Anda juga boleh mengetahui maklumat lanjut mengenai #WIRA2019 dan melihat gambar-gambar penggambarannya di laman Instagram rasmi filem WIRA.

 

Mad Dog Yayan Ruhian kembali lagi dalam WIRA? | GSC Movies

 

Untitled-1Instagram page: https://www.instagram.com/WIRA_2019/

 

Pastinya WIRA juga akan membuat anda berdebar, cemas dan berpeluh ketika menonton! Sementara itu, jom saksikan video teaser WIRA 2019!

 

 

 

GSC Movies membawa anda ke alam sinematik yang memukau dengan filem terbaru tempatan dan luar negara pelbagai genre termasuk filem aksi!

 

Ikuti kami di Facebook, Instagram dan YouTube untuk menonton treler-treler filem terkini dan sentiasa menjadi yang pertama mendapat berita tentang filem:

 

f-ogo_RGB_HEX-58 Facebook page: https://www.facebook.com/gscmovies/

Untitled-1 Instagram page: https://www.instagram.com/gscmovies/

youtube_social_icon_red YouTube page: https://www.youtube.com/user/ilovegscmovies/featured