• WIRA| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia

Konfem ke filem WIRA wajib tonton?

Akhirnya! Filem aksi terbaik sebagai penutup tahun 2019 sudah mula ditayangkan! WIRA, arahan Adrian Teh (juga pengarah Paskal The Movie) dan dibintangi Hairul Azreen, Fify Azmi, Yayan Ruhian, Ismi Melinda, Josiah Hogan, Henley Hii, Dain Said dan juga Dato Hilal Azman adalah filem yang patut anda tonton dalam tahun ini. Kalau konfem wajib tonton, apa sebabnya?

 

  1. Memang penuh dengan aksi!

 

 Konfem ke filem WIRA wajib tonton? | GSC Movies

 

Kredit gambar: GSC Movies

 

Yep, tak perlu nak ulang banyak kali lagi. Boleh dikatakan 4 daripada 5 bahagian penceritaan semua penuh dengan pergaduhan. Apa yang seronoknya pergaduhan dalam filem WIRA ini adalah senjatanya! Anda semua boleh lihat pelbagai senjata yang digunakan dalam satu filem berukuran 108 minit ini termasuklah pisau, parang, pistol, dan pedang samurai! Tetapi bukan semua pergaduhan atau pertarungan yang berlaku melibatkan senjata. Hand-to-hand combat macam dalam filem The Raid pun ada tau! Bercakap tentang The Raid, sebab anda perlu tonton WIRA yang seterusnya ada kaitan dengan filem Indonesia ini.

 

  1. Pelakon Hollywood Yayan Ruhian pun ada!

 

 Konfem ke filem WIRA wajib tonton? | GSC Movies

 

Kredit gambar: GSC Movies

 

Kalau anda tak kenal siapa Yayan Ruhian, dia ni lah Mad Dog dalam The Raid yang popular tu! Dan filem terbarunya sebelum WIRA adalah John Wick 3! Yayan bukan sahaja berlakon sebagai Ifrit (orang kanan Raja) dalam filem ini. Dia juga adalah koreografer untuk WIRA! Berlatar belakangkan kehidupan yang penuh dengan ilmu seni mempertahankan diri, Yayan akan buat anda semua genggam tangan dan ketap gigi semasa menonton adegan aksinya!

 

  1. Girls fight yang tidak boleh dipertikaikan

 
Konfem ke filem WIRA wajib tonton? | GSC Movies

Kredit gambar: GSC Movies

 

Memang tidak dapat dinafikan bahawa lakonan aksi Hairul Azreen makin hebat menerusi filem WIRA. Bak kata Buzzkini, “Hairul adalah Hassan (watak Hairul dalam WIRA) dan Hassan adalah Hairul”. Tetapi, lampu juga tidak boleh dialihkan dari watak Fify Azmi sebagai Zain dan Ismi Melinda sebagai Vee! Sejujurnya, pertarungan antara mereka berdua ini daripada permulaan filem sehingga penghujung memang boleh mencuri nafas anda! Oh ya, untuk pengetahuan semua, WIRA adalah filem aksi pertama buat Fify Azmi tetapi banyak pujian yang telah diberikan kepadanya!

 

  1. Filem tempatan pertama dalam format 4DX!

 

 Konfem ke filem WIRA wajib tonton? | GSC Movies

 

Kredit gambar: murai.my

 

Betul tu! WIRA adalah filem tempatan pertama yang mempunyai format 4DX! Kalau mahukan pengalaman 4DX, anda boleh tonton WIRA di panggung GSC terpilih yang mempunyai DBOX. Dengan DBOX, setiap babak perlawanan akan ‘dirasai’ oleh penonton. Dan apabila berkata tentang babak perlawanan, hampir seluruh filem aksi ini dipenuhi dengannya! Anda tentu akan puas jika memilih DBOX.

 

Banyak lagi sebab yang boleh disenaraikan di sini seperti teknik pengambaran, pilihan set lokasi dan jalan penceritaannya. Tetapi lebih baik jika anda tonton sendiri filem WIRA ini.

 

 Konfem ke filem WIRA wajib tonton? | GSC Movies

 

Kredit gambar: GSC Movies

 

Kini, WIRA sudah mula ditayangkan. Jika anda masih belum menonton trailer filem WIRA, saksikannya dahulu dan jangan lepaskan peluang untuk menonton filem aksi terbaru ini di pawagam berdekatan anda!

 

;

 

GSC Movies membawa anda ke alam sinematik yang memukau dengan filem terbaru tempatan dan luar negara pelbagai genre termasuk filem aksi!

 

Ikuti kami di Facebook, Instagram dan YouTube untuk menonton treler-treler filem terkini dan sentiasa menjadi yang pertama mendapat berita tentang filem:

 

f-ogo_RGB_HEX-58 Facebook page: https://www.facebook.com/gscmovies/

Untitled-1 Instagram page: https://www.instagram.com/gscmovies/

youtube_social_icon_red YouTube page: https://www.youtube.com/user/ilovegscmovies/featured