• THE TUNNEL | GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • ANTEBELLUM | GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • THE GRAND GRANDMASTER | GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • THE BOY 2 MOVIE COLLECTION| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • LET IT SNOW| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia

Kenapa Train To Busan Mempersembahkan Peninsula Wajib Tonton?

Setelah 4 tahun warga zombie berlapar di Korea, kini Pengarah Yeon Sang Ho kembali lagi dengan ‘sekuel’ filem blockbuster Train To Busan! Tetapi, sebelum ramai lagi kecewa kerana tiada Gong Yoo oppa dalam filem kali ini, anda semua kena faham bahawa filem baru ini tidak berkait langsung dengan keretapi. Begitu juga dengan karakter-karakter yang ingin menuju ke Busan 4 tahun lepas.

 

Jadi, selamat untuk dikatakan bahawa Train To Busan Mempersembahkan Peninsula ini adalah salah satu filem dalam Korean Zombie Cinematic Universe, dan bukannya sambungan untuk Train To Busan (ala-ala Marvel gitu).

 

Dengan mengetengahkan makhluk tanpa otak (tapi lari laju gila), Train To Busan Mempersembahkan Peninsula menceritakan tentang sekumpulan warganegara Korea yang setia pada negara mereka.

 

Kenapa? Kerana mereka sanggup pulang ke Korea untuk kutip sejumlah wang yang tidak mempunyai penjaga… kecuali zombie.

 

Kenapa Train To Busan Mempersembahkan Peninsula Wajib Tonton?

 

Pasukan gagah berani diketuai oleh Gang Dong Won

Kredit gambar: GSC Movies

 

Train To Busan Mempersembahkan Peninsula sudah hampir 2 minggu berada di pawagam dan beribu-ribu tiket telah terjual di seluruh Malaysia. Review dan pandangan penonton juga sangat berat di sebelah “wah cerita ni memang gempak” dan “tak rugi menonton”.

 

Filem blockbuster pertama setelah 4 bulan PKP juga menjadi salah satu sebab panggung wayang penuh dengan peminat zombie Korea ini. Sampaikan ada yang meniru perangai zombie sebelum masuk ke panggung. *ahem* Sterk Production *ahem*

 

Tak percaya? Cuba tengok video di bawah ini.

 

 

Kenapa anda kena layan filem ni? Selain daripada perangai zombie yang ada dalam diri sendiri.

“SUMPAH. BEST. GILA.”

“MANTAP. PADU. BEST.”

“AWESOME. BEST. GERAM.”

Bukan rekaan semata-mata, tetapi review ini memang daripada penonton yang menonton Train To Busan Mempersembahkan Peninsula pada tayangan perdananya 2 minggu lalu.

 

Sebagai konklusinya, filem ini DAEBAK ok.

 

Kalau anda masih lagi skeptikal untuk menonton filem zombie Korea tanpa Gong Yoo oppa dan Ma Dong Seok ahjussi (maaf, tapi macam sesuai), anda boleh nantikan kemunculan Major Jane! Topik paling hangat sekarang ini iaitu “pelakon tanah air menjadi cameo dalam filem blockbuster terbesar dari Korea pada tahun 2020”! Fuh!

 

Kenapa Train To Busan Mempersembahkan Peninsula Wajib Tonton?

 

Memperkenalkan Bella Rahim sebagai Major Jane!
Kredit Gambar: GSC Movies

 

Bukan setakat pelakon Malaysia je menjadi cameo, bendera Malaysia pun ada ditayangkan dalam filem ini! Bangga tak bangga?

 

Selain daripada zombie, anda juga boleh merasakan women power dalam Train To Busan Mempersembahkan Peninsula! Semua karakter wanita dalam filem ini memang menggambarkan kekuatan dalam diri wanita. Budak perempuan yang kecil pun sangat function dalam filem ini!

 

Kenapa Train To Busan Mempersembahkan Peninsula Wajib Tonton?

 

Zombie pun takut dengan dorang
Kredit Gambar: GSC Movies

 

Ada juga yang mengatakan “kalau nak tengok Mad Max: Fury Road bergabung dengan Fast & Furious, pergi tengok Train To Busan Mempersembahkan Peninsula”. Ya, adegan aksi dengan kereta memang menjadi salah satu fokus filem ini dan ia telah membuatkan ramai penonton berasa sangat puas hati bila tengok zombie kena lanyak berjemaah dengan kereta.

 

Keseluruhannya, setelah 4 bulan terperangkap dalam rumah akibat pandemik Covid-19, kini masa yang sangat sesuai untuk anda tengok keadaan Korea 4 tahun selepas jangkitan zombie. Jangan risau kerana panggung wayang mengamalkan SOP supaya anda semua selamat daripada virus yang bukan zombie.

 

Taknak cerita panjang dah. Apa kata anda set masa hujung minggu ini untuk tonton Train To Busan Mempersembahkan Peninsula?

 

Btw, kami ada berita baik buat anda! Stay tuned di Facebook GSC Movies untuk Train To Busan Mempersembahkan Peninsula FB Live Ticket Bonanza, dari 9pm hingga 10pm pada hari Rabu 29 Julai ini! Tak lupa juga, GSC admin pun akan sertai LIVE ini untuk menghiburkan anda di ruangan komen!

 

Jumpa online di: FB LIVE TICKET BONAZA!

 

Kenapa Train To Busan Mempersembahkan Peninsula Wajib Tonton?

 

Kenapa Train To Busan Mempersembahkan Peninsula Wajib Tonton?

 

Kredit gambar: GSC Movies

 

Train To Busan Mempersembahkan Peninsula sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Kalau belum tengok, jom saksikan dulu treler filem ini!

 

 

GSC Movies membawa anda ke alam sinematik yang memukau dengan filem blockbuster dalam dan luar negara pelbagai genre termasuk filem aksi dan zombie!

 

Ikuti kami di Facebook, Instagram dan YouTube untuk menonton treler-treler filem terkini dan sentiasa menjadi yang pertama mendapat berita tentang filem:

 

f-ogo_RGB_HEX-58 Facebook page: https://www.facebook.com/gscmovies/

Untitled-1 Instagram page: https://www.instagram.com/gscmovies/

youtube_social_icon_red YouTube page: https://www.youtube.com/user/ilovegscmovies/featured

tiktok-app-icon-logo-0F5AD7AE01-seeklogo.com TikTok page: https://www.tiktok.com/@gscmoviesmy