• ARTICLE | GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • GUNDAM SEED| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • SUSPECT| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia

Jackie Chan VS Donnie Yen Dalam Filem Akan Datang?!

Ramai yang dah tahu akan kemunculan 2 filem akan datang ini kan? Bukan filem biasa-biasa tau. Kali ini kita akan dihiburkan dengan filem blockbuster aksi terbesar yang akan menampilkan dua pelakon utama iaitu Jackie Chan dan Donnie Yen! Siapa je yang tak kenal mereka kan?! Filem yang diperkatakan ini ialah, tak lain tak bukan, VANGUARD dan Enter The Fat Dragon!

 

GSCMovies | Jackie Chan VS Donnie Yen Dalam Filem Akan Datang?! | JC DY

GSCMovies | Jackie Chan VS Donnie Yen Dalam Filem Akan Datang?! | JC DY

Kredit gambar: GCS Movies

Betul Ke Filem Aksi Blockbuster Terbesar?

 

Senang je nak jawab soalan itu. Tengok jelah berapa banyak lokasi perfileman untuk filem Vanguard. Bukan sahaja di Taiwan, mereka juga membuat penggambaran di Dubai, Zambia, India, London dan lain-lain lagi! Itu pun belum cerita pasal semua senjata dan pengangkutan yang digunakan dalam filem akan datang arahan Stanley Tong (pengarah Police Story 3 dan 4 dalam tahun 1990an) yang telah menelan bajet yang sangat besar. Selain daripada itu, bagaimana Jackie Chan hampir lemas ketika penggambaran Vanguard yang mengambil tempat di sebatang sungai yang besar dan deras juga telah membuatkan filem ini layak diklasifikasikan sebagai salah satu filem aksi blockbuster terbesar pada musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

 

Tidak kurang juga untuk filem Enter The Fat Dragon. Lokasi penggambaran filem akan datang ini juga mengambil tempat di dalam dan luar negara iaitu di Hong Kong, Tokyo dah lain-lain lagi. Krew perfileman juga telah mencipta sebuah set lokasi di Roppongi, Tokyo secara terperinci yang pasti akan membuat penonton merasakan mereka seakan-akan berada betul-betul di Roppongi! Dan apabila kita bercakap mengenai filem aksi blockbuster terbesar ini, sudah tentunya Donnie Yen akan menggambarkan perkataan “terbesar” itu dengan perubahan bentuk badannya! Kita semua sudah sangat kenal dengan IP MAN yang mempunyai badan tegap. Tetapi dalam Enter The Fat Dragon, Donnie Yen kini adalah seorang anggota polis yang mempunyai berat badan 113kg! Besar betul kan?!

 

Macam mana cerita Vanguard?

 

GSCMovies | Jackie Chan VS Donnie Yen Dalam Filem Akan Datang?! | Vanguard

GSCMovies | Jackie Chan VS Donnie Yen Dalam Filem Akan Datang?! | Vanguard

Kredit gambar: GCS Movies

Vanguard mengisahkan tentang seorang akauntan yang memerlukan perlindungan sebuah syarikat sekuriti bertaraf antarabangsa setelah menjadi sasaran organisasi tentera upahan yang paling merbahaya di dalam dunia. Jackie Chan sebagai ketua syarikat sekuriti Vanguard perlu memastikan kumpulan dan pelanggannya selamat di samping pelbagai peperangan yang berlaku demi melindungi akauntan tersebut. Filem akan datang ini mula ditayangkan pada 25 Januari nanti. Duit tiket wayang anda sudah pastinya akan terasa lebih dari berbaloi selepas menonton filem blockbuster ini. Sebelum itu, saksikan treler Vanguard di bawah terlebih dahulu!

Macam mana pula dengan Enter The Fat Dragon?

 

GSCMovies | Jackie Chan VS Donnie Yen Dalam Filem Akan Datang?! | ETFD

GSCMovies | Jackie Chan VS Donnie Yen Dalam Filem Akan Datang?! | ETFD

Kredit gambar: GCS Movies

Terlalu sibuk dengan tugas sebagai seorang polis Pasukan Khas, Fallon Chu (Donnie Yen) ditinggalkan tunangnya sebelum majlis perkahwinan mereka. Bukan itu sahaja, dia juga telah diturunkan pangkat atas sebab kesalahannya. Kecewa, Fallon Chu tidak boleh berhenti makan sehingga berat badannya mencecah 113kg! Kemudian, dia ditugaskan ke Jepun dan di situ, dia berjumpa kembali dengan tunangnya setelah 6 bulan ditinggalkan. Bukan setakat penuh dengan aksi, Enter The Fat Dragon yang bakal keluar 23 Jan ini juga penuh dengan babak-babak kelakar! Tengok dulu treler filem akan datang ini di bawah.

Susah nak buat pilihan nak tengok Jackie Chan atau Donnie Yen? Tengok je dua-dua sekali! Tiket kedua-dua filem akan datang yang pasti akan menggegarkan panggung wayang pada musim perayaan ini sudah boleh didapatkan di GSCinemas berdekatan. Beli sekarang sebelum habis!

 

GSC Movies membawa anda ke alam sinematik yang memukau dengan filem terbaru tempatan dan luar negara pelbagai genre termasuk filem aksi!

 

Ikuti kami di Facebook, Instagram dan YouTube untuk menonton treler-treler filem terkini dan sentiasa menjadi yang pertama mendapat berita tentang filem:

 

f-ogo_RGB_HEX-58 Facebook page: https://www.facebook.com/gscmovies/

Untitled-1 Instagram page: https://www.instagram.com/gscmovies/

youtube_social_icon_red YouTube page: https://www.youtube.com/user/ilovegscmovies/featured