• WIRA| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia

Berani Baca 4 Mitos Keranda Mayat Dalam Filem Hantu Terbaru Ini?

Mungkin rasa macam pelik kalau dengar keranda boleh terbang. Tapi kalau anda Google mengenainya, terdapat sejumlah artikel dan video berkaitan dengan keranda terbang. Benar atau tidak, terpulang kepada kepercayaan anda. Tetapi ada satu kawasan di Indonesia yang percaya akan perkara ini sehingga mereka menerbitkan filem hantu terbaru mengenainya bertajuk Lampor Keranda Terbang. Mitos-mitos mengenai keranda terbang ataupun keranda mayat secara umumnya juga telah wujud seperti di bawah:

 

Berani Baca 4 Mitos Keranda Mayat Dalam Filem Hantu Terbaru Ini? | GSC Movies

 

Kredit gambar: GSC Movies

 

  1. Bermimpi tentang keranda

 

Dah biasa sangat dengan mimpi seram atau mimpi hantu. Tapi pernah tak mimpi pasal keranda mayat? Kononnya siapa yang mimpi keranda mayat ini akan mengalami banyak kejadian buruk. Bermula dari kematian kawan, keluarga ataupun diri sendiri. Tetapi ada pula segelintir orang mentafsir mimpi jenis ini membawa nasib yang baik! Adakah mitos ini akan dibongkar dalam filem hantu terbaru, Lampor Keranda Terbang?

 

Berani Baca 4 Mitos Keranda Mayat Dalam Filem Hantu Terbaru Ini? | GSC Movies

 

Kredit gambar: boombastis.com

 

  1. Tidur dalam keranda mayat

 

Siapa yang suka sangat dengan cabaran tu mesti terfikir untuk tidur dalam keranda mayat kan? Kalau nak tahu, dikatakan jika seseorang itu sengaja tidur atau baring dalam keranda, perkara buruk akan berlaku kepadanya. Perkara tersebut adalah diganggu oleh hantu bukan sahaja dalam mimpi, malah di dunia nyata juga. Nak cuba? Tonton dulu filem hantu terbaru, Lampor Keranda Terbang baru boleh buat keputusan!

 

Berani Baca 4 Mitos Keranda Mayat Dalam Filem Hantu Terbaru Ini? | GSC Movies

 

Kredit gambar: GSC Movies

 

  1. Nampak keranda terbang

 

Tak masuk akal kan? Tetapi bagi yang percaya, kalau seseorang itu nampak keranda terbang, bermakna kematian bakal berlaku kepadanya atau kepada orang-orang yang terdekat. Mitos ini sama seperti melihat burung gagak terbang berputar-putar di atas rumah yang membawa tanda kematian. Hal ini juga ada diselitkan dalam Lampor Keranda Terbang, filem hantu terbaru dari Indonesia!

 

Berani Baca 4 Mitos Keranda Mayat Dalam Filem Hantu Terbaru Ini? | GSC Movies

 

Kredit gambar: boombastis.com

 

  1. Keranda terbang berbau wangi

 

Keranda terbang adalah satu hal. Keranda berbau wangi pula adalah satu hal yang lain. Dikatatan keranda terbang ini berbau seperti bunga-bunga dan sedikit bau kapur barus. Perkara biasa yang boleh dibau pada mayat yang telah dimandikan ataupun di tanah perkuburan. Jadi, mungkin ada juga kebaikannya kalau jumpa keranda terbang, betul tak? Jawapannya ada dalam filem hantu terbaru, Lampor Keranda Terbang!

 

Mitos ataupun tidak, terpulang kepada anda untuk percaya. Tetapi menurut filem hantu terbaru ini, terdapat satu kampung kecil di Indonesia pernah mengalami kejadian lampor dan juga keranda terbang. Nak tahu macam mana kisahnya? Saksikan Lampor Keranda Terbang, di pawagam bermula 14 Oktober ini.

 

Berani Baca 4 Mitos Keranda Mayat Dalam Filem Hantu Terbaru Ini? | GSC Movies

 

Kredit gambar: GSC Movies

 

Sementara itu, jom saksikan video treler filem hantu terbaru, Lampor Keranda Terbang!

 

 

Ikuti kami di Facebook, Instagram dan YouTube untuk menonton treler-treler filem terkini dan sentiasa menjadi yang pertama mendapat berita tentang filem:

 

f-ogo_RGB_HEX-58 Facebook page: https://www.facebook.com/gscmovies/

Untitled-1 Instagram page: https://www.instagram.com/gscmovies/

youtube_social_icon_red YouTube page: https://www.youtube.com/user/ilovegscmovies/featured