• THE CAPTAIN | GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • STRAY| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • KUMANTHONG| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia

Awas! Ibu mengandung mungkin terdedah dengan gangguan jin!

Semua orang tahu golongan yang senang diganggu jin ataupun hantu ini adalah bayi, kanak-kanak dan juga ibu mengandung. Jin yang mengganggu ini biasanya jin betina. Kadang-kadang kita tak sedar sebenarnya kita dah kena ganggu dengan jin! Bahayanya jin ini dia boleh membuatkan seseorang wanita itu tidak boleh hamil lagi dengan menyekat rahimnya! Bukan itu sahaja, dia juga mampu membunuh bayi dalam kandungan. Kalau anda sedang mengandung dan sentiasa rasa tak sedap hati sebab macam ada jin atau hantu ganggu, cuba cek tanda-tanda di bawah untuk kepastian!

 
 Awas! Ibu mengandung mungkin terdedah dengan gangguan jin! | GSC Movies
 

Kredit gambar: GSC Movies

 

Tanda-tanda ibu mengandung yang terkena gangguan jin:

 

1. Sentiasa terasa sesak dada dari petang sampai malam

2. Fikiran terganggu dan bercelaru

3. Tulang belakang sakit walaupun tidak banyak bergerak

4. Selalu mengigau

5. Mimpi yang bukan-bukan seperti mimpi seram

 
 Awas! Ibu mengandung mungkin terdedah dengan gangguan jin! | GSC Movies
 

 

Kredit gambar: GSC Movies

 

Kalau anda bukan lagi ibu mengandung dan baru sahaja melahirkan bayi ataupun ada anak kecil di bawah 2 tahun, anda juga patut berjaga-jaga dengan tanda-tanda di bawah! Jin atau hantu memang suka ganggu bayi dan kanak-kanak kerana mereka senang diganggu!

 
 Awas! Ibu mengandung mungkin terdedah dengan gangguan jin! | GSC Movies
 

Kredit gambar: Pa&Ma

 

Tanda-tanda bayi atau kanak-kanak yang terkena gangguan jin:

 

1. Bayi akan menangis sekuat hati dan matanya akan memandang pada suatu tempat

2. Kanak-kanak berjalan seperti hendak terjatuh (macam ada sesuatu yang tolak)

3. Selalu mengigau semasa tidur

4. Demam panas secara tiba-tiba

 

Antara kesan-kesan buruk kalau ibu mengandung terkena gangguan jin adalah murung, sentiasa rasa takut, menjauhkan diri dari orang lain dan macam-macam lagi. Bayi atau kanak-kanak pula akan mengalami sawan, hyperactive, terencat akal, autisme dan sebagainya yang boleh memberi efek tidak baik kepada fizikal dan mental mereka pada masa hadapan.

 
 Awas! Ibu mengandung mungkin terdedah dengan gangguan jin! | GSC Movies
 

Kredit gambar: GSC Movies

 

Banyak lagi tanda-tanda yang tidak disenaraikan. Sebahagian dari tanda-tanda ibu mengandung yang terkena gangguan jin ada dalam filem seram Ikut Aku Ke Neraka yang akan mula ditayangkan pada 26 September ini.

 
 Awas! Ibu mengandung mungkin terdedah dengan gangguan jin! | GSC Movies
 

Kredit gambar: GSC Movies

 

Kalau anda inginkan lagi kepastian, pastinya filem seram dari Indonesia ini boleh menjadi rujukan buat anda! Sementara itu, jom saksikan video treler Ikut Aku Ke Neraka. Semoga anda tidak diganggu jin!

 

 

GSC Movies membawa anda ke alam sinematik yang memukau dengan filem terbaru tempatan dan luar negara pelbagai genre termasuk filem aksi!

 

Ikuti kami di Facebook, Instagram dan YouTube untuk menonton treler-treler filem terkini dan sentiasa menjadi yang pertama mendapat berita tentang filem:

 

f-ogo_RGB_HEX-58 Facebook page: https://www.facebook.com/gscmovies/

Untitled-1 Instagram page: https://www.instagram.com/gscmovies/

youtube_social_icon_red YouTube page: https://www.youtube.com/user/ilovegscmovies/featured