• ARTICLE | GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • GUNDAM SEED| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • SUSPECT| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia

7 sebab rakyat Malaysia perlu tonton Suatu Ketika!

Filem Suatu Ketika yang sedang hangat diperkatakan ini belum lagi mula ditayangkan secara rasmi di pawagam tetapi sudah terdapat sejumlah komen yang baik mengenainya. Segelintir rakyat Malaysia yang menggemarkan filem tempatan telah dijemput hadir ke Tayangan Perdana dan juga Malam Gala Suatu Ketika. Apa yang mereka boleh katakan setelah menonton filem ini adalah: Suatu Ketika, filem yang wajib ditonton sempena Hari Malaysia ini!

 

7 sebab perlu tonton Suatu Ketika jika anda betul-betul rakyat Malaysia | GSC Movies
 

Kredit gambar: GSC Movies

 

Suatu Ketika: Langitkan Impianmu adalah sebuah filem mengenai 12 sahabat dalam tahun 1952 yang mengejar satu impian yang sama, iaitu ingin mengalahkan pasukan bola sepak dari Sekolah St. James. Tetapi mesej utama filem ini bukanlah terhad kepada hal itu sahaja, malah mesej yang dibawakan oleh pengarah Prakash Murugiah adalah lebih besar dari itu. Menurut Pekin Ibrahim dalam satu akhbar tempatan, bukan sahaja elemen bola sepak yang dijadikan fokus, tetapi pengarah juga telah menunjukkan semangat persahabatan, semangat kekeluargaan dan semangat cintakan Malaya (Malaysia sebelum merdeka) menerusi sekumpulan sahabat. Filem Suatu Ketika ini juga pasti akan dibandingkan dengan filem Ola Bola memandangkan dua-dua filem ini mengangkat sukan bola sepak dalam jalan ceritanya.

 

 
7 sebab perlu tonton Suatu Ketika jika anda betul-betul rakyat Malaysia | GSC Movies
 

 

Kredit gambar: GSC Movies

 

Sebab apa anda semua kena tengok filem Suatu Ketika ini sempena Hari Malaysia?
 
1. Ini adalah filem Malaysia! “Saya tak nampak filem ini sebagai filem Melayu atau filem India atau filem Cina, tapi ini adalah satu karya yang melambangkan filem Malaysia”, kata Syafil, wartawan Harian Metro.
 
2. Pelbagai emosi ada dalam Suatu Ketika seolah-olah drama filem ini sedang bermain tarik tali dengan perasaan penonton.
 
3. Barisan pelakon seperti Namron, Pekin, Din Tamam, 12 kanak-kanak dan ramai lagi membawa watak mereka dengan semulajadi!
 
4. Anda boleh melihat keadaan Malaysia pada zaman dahulu melalui sinematografi yang cantik dalam filem Suatu Ketika dan juga bagaimana 12 sahabat itu bermain bola sepak dengan berkaki ayam.
 
5. OST filem Suatu Ketika, Ayuhlah nyanyian Dato Zainal Abidin dan Senja nyanyi VIONA juga turut menghidupkan filem ini.

 


Ayuhlah – Dato Zainal Abidin

 


Senja – VIONA

 
6. Nilai kekeluargaan pun boleh didapati melalui babak-babak yang menyentuh hati di antara Danial yang memegang watak Syukri dan Din Tamam yang memegang watak ayah kepada Syukri, Pak Selamat
 
7. Suatu Ketika ini sesuai ditonton oleh semua rakyat Malaysia walau apa bangsa sekalipun kerana filem ini adalah mengenai perpaduan pada suatu ketika dahulu di mana semuanya kekal sehingga kini di Malaysia kerana kita semua adalah anak bangsa.

 

7 sebab perlu tonton Suatu Ketika jika anda betul-betul rakyat Malaysia | GSC Movies

 

Kredit gambar: GSC Movies

 

Tentunya lakonan Namron, Pekin, 12 sahabat dan juga semua pelakon filem ini pasti membuatkan anda tidak mahu tertinggal satu babak pun ketika menonton. Filem Suatu Ketika akan mula ditayangkan pada 12 September 2019 di pawagam terdekat anda.
 
Selain daripada dapat merasakan perpaduan anak-anak Malaysia pada suatu ketika dahulu, pastinya filem Suatu Ketika ini juga akan membuat anda berasa seakan-akan menonton sebuah nostalgia! Sementara itu, jom saksikan video treler Suatu Ketika!

 

 

 
7 sebab perlu tonton Suatu Ketika jika anda betul-betul rakyat Malaysia | GSC Movies
 

 

GSC Movies membawa anda ke alam sinematik yang memukau dengan filem terbaru tempatan dan luar negara pelbagai genre termasuk filem aksi!

 

Ikuti kami di Facebook, Instagram dan YouTube untuk menonton treler-treler filem terkini dan sentiasa menjadi yang pertama mendapat berita tentang filem:

 

f-ogo_RGB_HEX-58 Facebook page: https://www.facebook.com/gscmovies/

Untitled-1 Instagram page: https://www.instagram.com/gscmovies/

youtube_social_icon_red YouTube page: https://www.youtube.com/user/ilovegscmovies/featured